aktiviti memuncak...

PRS move on...

Okie dokie.. Dah lame tak update blog prs nie kan. Sure orang lain pn bosan asyik bace benda yang same je kan.takde latest news sangat. so skrg nie, nak update kan cerita terbaru mRSMPH...
6 januari lepas...
dengan rasminya PRS MRSM Pengkalan Hulu, telah merasmikan pelancaran button Batch SPM 2010. seperti yang korang tahu la kan,
sebelum nie.. Exco Keceriaan PRS telah mereka satu design button SPM untuk pelajar 2nd Batch. so dgn rasminya 
pelajar tingkatan 5 MRSM Pengkalan Hulu telah memakainya atas semangat juang sebagai pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. insyaAllah. Moga calon-calon ini bakal mendapat keputusan cemerlang, 10a+/9a+ amin!
matlamat: meningatkan pelajar tentang peperiksaan SPM yang bakal tiba.objektif: mendapat keputusan straight A+'s dalam SPM 2010.tujuan: memberi perangsang kepada pelajar untuk lebih bersemangat untuk belajar dan menumpukan perhatian di dalam kelas.

haa.. sebelum terlupa.. pihak MRSM Pengkalan Hulu juga telah mengadakan 
reorientation week bagi pelajar2 tingkatan 2,3 dan 5 sebelum memulakan pelajaran bagi tahun 2010.
13 januari
perjumpaan bersama ayahanda pengetua oleh semua ahli PRS 09/10. Di samping penyerahan sumbangan wang kepada Mohd Hazim Shah iaitu salah seorang ahli PRS kami yang telah kehilangan bapanya pada 27 Disember lalu. kutipan wang telah dikutip melalui sumbangan semua warga MRSM Pengkalan Hulu.
15 januari
buat pertama kali nya, 
ahli PRS 09/10 mengadakan tayangan perdana yang diadakan di bilik Pusat Sumber Kerjaya(PSK). tayangan perdana ini merupakan aktiviti di bawah Exco Kerjaya dan telah dinamakan sebagai 'friday popcorn''. promosi telah dibuat dan tiket dijual pada harga 
rm0.50 sahaja. Alhamdulillah, mendapat sambutan. tayangan kami yang pertama bertajuk AVATAR. selain itu, jualan makanan seperti dadih dan aiskrim malaysia juga ada dijual semasa tayangan berlangsung. insyaAllah banyak lagi yang bakal kami sediakan...

- Will be continued...

No comments:

Post a Comment