Program "Care for Care Giver"

program care for care giver? ape tue?
mesti orang tertanye tanye kan...
oklah, program nie sebenarnya program lawatan ke MRSM TERENDAK. Alah, macam tautan kasih mengeratkan hubungan bersama MRSM sana.

20 Januari...

taklimat bersama Cikgu Mozack mengenai program Care For Giver..
pada hari tue taklimat untuk cara permakaian, waktu bertolak, waktu makan dan waktu pergi telah diberitahu. taklimat nie berlangsung selama 30 minit dari pukul 9.00 mlm- 9.30 mlm.

22 Januari...
kami semua ahli PRS berkumpul di depan foyer maktab pada pukul 3.30 petang mendengar taklimat oleh Encik Hassan bin Ghazali. Selepas mendengar taklimat dan kata-kata semangat oleh beliau, kami bertolak menaiki bas maktab dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Presiden PRS kami iaitu, Ahmad Jawadunnajid Mujahid. dan perjalanan pun bermulalah..yahoooo....!!

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa yang agak lame..ye la kan, dari utara ke selatan, pengkalan hulu ke terendak.. Kami sempat berhenti di perhentian rehat dan rawat Sungai Perak untuk menunaikan solat asar dan membeli sedikit makanan untuk mengalas perut sepanjang perjalanan..
Perjalanan diteruskan sehingga kami berhenti di perhentian rehat dan rawat Dengkil pada pukul 10.00 malam untuk menunaikan solat jamak isyak maghrib. Kami berada di situ selama 30 minit.
tepat jam 12.30 pagi,
selamat datang ke MRSM Terendak!!
akhirnya smapai juga kami di MRSM yang serba indah ni..WOW! terkejut kami dengan keadaan di sana. Ye la kat sane kan kem tentera..hehe. Okie dokie, ketibaan kami disambut dengan baik oleh PRS MRSM Terendak. Syabas diucapkan! :D Baik sungguh diorang nie sehingga beg kami pon diorang tolong bawakan. Namun disebabkan keletihan yang memuncak, kami tak berkesempatan hendak berkenalan dengan diorang... ermm, takpelah masih banyak mase lagi. esokkan ada. hehehhehe...

23 Januari....

pada tarikh ini semua hali prs termsauk guru pengiring kami cikgu mozac, cikgu ana,dan cikgu assikim ...

No comments:

Post a Comment